Thursday, December 3, 2009

gelisah

menggigil bukan kerana rasa..
berlari bukan kerana disapa..
mengeluh bukan kerana kesal..
tapi gelisah yang buat rasa ingin lelap..

lelap yang akan jadi gelap..
tidak tahu bila akan terang..
dan takut bila ia datang..
bukan terang dengan cahaya yang berada..
tapi terang dengan kaca yang dipantul cahaya yang memeritkan..

sakit teramat..
pedih teramat..
ingin rasa ini pergi..
terus pergi..tapi bila?

sampai Dia rasa mahu semua dihentikan..
takut...tetap gelisah..
ingin ketenangan menjadi peneman...
belum!
belum masa untuk diteman..
Dia masih mahu diri gelisah..
sampai Dia yang pilih untuk diri henti dengan semua...

**mengeluh...

masih sama rasa dengan yang mula..
masih sama rasa yang diri masih gelisah..
masih sama rasa yang itu bukan punya aku..
masih sama rasa yang pintu itu masih terkunci..

jangan tanya sama diri..
mana hilang kunci pada pintu..
jangan tanya sama akal..
mana perlu dicari kunci itu..
jangan tanya pada mereka..
mana cara yang betul untuk mencari..

tapi tanya sama hati..
pejam mata diri..
guna mata hati..
mungkin di situ akan terbuka jalan untuk jumpa apa yang dinanti..

bila diri mula rasa yang akan sampai masa untuk bangkit ke langit...
menadah tangan..berjurai air mata..basah bumi dengan semua yang dikeluarkan..
mencari satu nama yang mewujudkan..
gelisah rasa..semua hilang cuma ada satu rasa..Dia yang sentiasa di puja..

bila diri lupa pada apa yang dirasa..bila diri lupa yang dia akan dipulangkan pada empunya..
alpa..memimpin semua ke jalannya..ke jalan yang mengundang celaka..
tanpa rasa segan..tanpa rasa takut..tanpa rasa gelisah..
cuma satu yang ada..megah punya diri sepertinya..

itu manusia..
manusia yang tidak malu membawa amanah yang diberi..
manusia yang lupa pada janji semasa diturunkan..
manusia yang jahil pada ciptaannya...
manusia yang punya hati tapi mati...



**aku mula rasa diri makin jauh..
tapi mencari untuk didekatkan..
mahu emosi ini pergi..terus pergi tapi mencari..

zetty noraini..................................