Tuesday, October 20, 2009

sahabat

masih menilai apa yang dijeritkan tentang nilai sahabat..
atas namakah?
atas hatinya?
atas ikhlasnya..?

kalau nilai itu boleh dibeli..
ada yang mampu membelinya?
sanggup?

kalau nama itu perlu dilekat bahawa dia yang aku jeritkan sebagai itu..
tidak malukah?
bila aku cuma pandang dan kata "aku mahu pilih kamu jadi yang di atas kamu sanggup x??"
rasa ramai yang berlari dan jerit pada aku yang mereka mahu nama itu ada atas mereka??

*garu kepala

mahu jeritan tidak melukakan..
betul..
sahabat bukan atas tanda nama..
sahabat bukan atas tanda bangga..

konon mahu mati bila lihat aku dimamah api..
betul?
jika aku dimamah tanah yang punya api di luar seperti mahu kejar semua..
sanggup kamu tunggu dan bersedia dimamah api yang marak itu??

bohong..
jangan cuba bermain dengan dusta..
nanti makan jiwa..

sahabat??
apa erti..
apa maksud..

tahu..?
beri aku maksud..
beri aku contoh..

aku sanggup jadi hamba sampai mati kamu jika aku paham semua..
betul..aku bukan suka berbelit lidah untuk jadi pendusta..
cepat terangkan..
kalau sudi jadi contohnya..
beri aku borangnya..

perlu borangkah untuk jadi nama itu?

*masih buntu..

zettty noraini




rasa

lidah punya rasa..
rasa punya kata..
nada punya rasa..
jiwa punya kata..

bila sama rasa apa yang dirasa..
berlari mencari cahaya dalam rasa..
cuma yang ada hanya rasa..
memandang cuma bisa..

bila kita mahu pegang rasa itu..
buntu mencari apa yang dicapai..
bila kita mahu genggam rasa itu..
hilang tanpa tahu apa yang digapai..

dapat rasa sekejap..
apa??

cuma rasa..
masih mahu menyimpan apa yang dirasa dan terasa..
masih belum dapat digenggam apa yang dirasa dan terasa..
cuma diri tahu sapa rasa..apa rasa..di mana rasa..

memandang..melihat..
kelam......


zetty noraini..
*semoga aku tahu apa yang aku cuba dapatkan dari rasa ini...




Wednesday, October 7, 2009

segan

malu memandang..
segan berbicara..
malu dipandang..
segan dibicara..

bila mereka kata itu aku..
segan memandang kerana takut mereka kenal dan mula rasa bukan aku untuk dipandang..
bila mereka mula ingin bersuara..
aku lari dari mereka...aku cari penghadang kata..kerana aku takut mereka rasa aku bukan untuk dibicara..

kamu mungkin tidak kenal aku..
kamu juga mungkin bukan manusia yang tergolong dalam memahami bahasa aku..
aku cinta bahasa aku..
aku megah dengan rasa jiwa aku..
tapi aku segan orang tahu..yang punya diri aku bukan sempurna seperti kamu..

besar itu cuma luaran..
lagi besar dalaman...
kecil itu kerana segan..tapi aku tetap megah dan bongkak kerana punya jiwa ini..
jangan kata aku tipu..jangan kata aku sekadar bicara..
kamu kenal punya aku baru timbang berat rasa jiwa aku..

aku punya jiwa yang bongkak tapi segan..
kamu jangan curi rasa jiwa ini dari aku..
aku takut dia hilang..
aku cinta sama rasa ini..
tolong jangan ambil dia!!

ketawa macam setan laknat itu aku..
menangis dan lari kerana segan juga aku..
pergi jahanam sama mereka yang caci dan mahu lempar maki pada aku..
bukan kamu yang rasa punya aku ini..
aku mohon jangan ambil rasa ini dari aku..!!

terkulai untuk tersungkur..
belum punya tangan untuk bantu dari buntu..
aku bergerak untuk mencari sendiri..
memang aku ingin mencari tangan itu..
tapi adakah tuhan beri aku tangan itu..
aku tahu tuhan tahu..
aku tahu tuhan masih jauhkan aku dari tangan itu..

semoga aku terus berlari..merangkak..meniarap..mendaki..dan terus mencari tangan itu sampai ke puncak..


amin..
**doa aku cuma mahu tuhan tahu apa aku mahu....

zetty noraini...