Thursday, August 26, 2010

serabut

berselirat urat bukan bersama nadi yang berdenyut..
berserabut darah terpercik tiada arah..
segumpal yang tidak tercapai..
segumpal yang cuba dicapai..
hilang....entah kemana..

bukan untuk dibenarkan..
cuma mencari keadilan yang bukan cuma tertulis..
mencarik setiap rasa yang dihenyak tanpa belas..
bukan..ini bukan satu luahan...

rasa ranap yang sering ingin dilontar jauh-jauh..
rasa ranap yang tololnya sentiasa ada..
rasa ranap yang logikalnya semua akan ada..
rasa ranap yang selalu bikin rasa mahu mati..

tolong jangan ada..
tolong pergi jauh,..

diri mahu itu itu..
diri mahu kamu kamu,..

si bodoh yang dihina yang ada akan terus jatuh dan terus jatuh..
si pandai yang dijulang yang ada akan terus bangkit dan terus bangkit...
semua hamba..tiada apa yang perlu dibangga..
semua kerdil bila ada di atas tempat NYA.......

jangan pernah bilang pada semua yang kau ada adalah semua milik engkau kerna semua cuma pinjaman semata..







yang bukan ada pada jasad
zetty noraini..............

Monday, August 2, 2010

sakit

disentap dalam-dalam..
cuba biar..
berlari dalam mimpi..
tapi belum mati..

dicarik dalam-dalam..
cuba cari..
berenang dalam mimipi..
tapi masih berdiri..

dihenyak dalam-dalam..
cuba nafi..
berhenti dalam mimpi..
tapi masih realiti..

apa ini?
rasa apa?
apa itu?

oh..aku sakit..
baru nyata..
tolol!


**tahan nafas

zetty noraini.............