Saturday, December 11, 2010

ada kala

Ada kala di suatu masa..
Kita perlukan seseorang..
Ada kala di suatu masa..
Kita mahu berseorang..

Dan dalam setiap yang merimaskan atau memerlukan..
Kita akan cuba lari atau terus kaku bersama yang ada atau tiada..
Cuba biarkan..
Cuba abaikan..
Cuba segala yang ada..

Kita hanya mampu dengan yang termampu..
Kita abaikan ada kala yang kita boleh buat yang lebih dari mampu..
Dan setiap kecamuk yang serabut kita terus lari..
Berani..
Tanpa henti..
Tanpa mati..

Akan dibiar yang hampir lenyap terus lenyap.
Dan dibiarkan yang hampir sesat terus sesat..
Segala ruang yang ada dibiarkan terus begitu tanpa cela..
Kerna setiap yang ada..
Setiap yang kita cuba..
Kita tahu mana akhirnya….

Mati.







* ini aku khaskan untuk sahabat tersayang.
yang aku sudah pegang bagai darah daging.
dan syukur..dia sangat hargai ! terima kasih !