Saturday, October 16, 2010

harapan

sambil mata yang terbuka..
aku menunggu tanpa henti..
walau hanya tulisan yang secebis..
aku cuma mahu kau ada..

sambil mata yang terbuka..
aku tanam dalam-dalam rasa perih yang cuma aku ada..
kau cuma ibarat batu tanah yang bergerak tanpa suara..
kau tidak tahu apa-apa..itu nyata..

sambil mata terbuka..
walau hendak layu..walau sedang dalam temu ajalnya..
aku menunggu tanpa kau sedar..
yang itu atau ini adalah kau..

sambil mata terbuka..
yang kau ibarat ada-ada masih kaku tanpa kata..
aku hanya meminta sedikit cuma..
bukan perlu kau tanam jiwa...

jika ada satu masa yang kau ada dalam ketentuan Nya..
kau juga akan rasa perih bukan sekadar..
memakan jiwa rasa semua yang ada..
bukan semata-mata..

segala yang tertulis..
dalam setiap coretan bermadah..
makna bukan sekilas cuma..
penuh dengan impian yang selalu ada dalam setiap doa...

............

aku tidak gila bila masa aku sedang rasa..
kerana aku tahu aku seorang normal yang menagih semua yang ada...

zetty noraini..